02 December 2011

Doa Buat Kekasih


Awak awak awak..
Hari nie kita nak layan feeling jap boleh ? ><
Tangan nie gatal nak update blog..
Tapi tak tahuu apa yang nak diciterkan kat korang.. =='
Okey, mungkin lagi menarik kalau saya citer ke mana saya melancong time cuti sekolah nie kan ?
Untunglaa kalau Si Nura nie pergi kann.. Hik, xD
Tapi, saya tak pergi mana2 laa, dear..
Dok umah jeyp.. Parents kerja.. : )

Okey, cukup ! =='
Nampak tak tajuk kat atas uh ? :D
DOA BUAT KEKASIH 

Allah Yang Maha Pemurah, terima kasih kerana telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengan dia.

Terima kasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama.
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang membolehkan kami bersama.
Terima kasih untuk setiap saat berlalu.

Aku datang bersujud dihadapan-Mu.
Sucikan hati aku, Ya Allah.
Sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidup aku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.

Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku.
Dan usirlah dia dari relung hatiku.
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Kau ciptakannya untukku, Ya Allah.
Tolonglah satukan hati kami.
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya.

Berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Semoga dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku seadanya,
Dan segala kelebihan dan kekurangan aku sebagaimana yang telah Kau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku benar-benar mencintai dan rela berkongsi suka dan duka aku bersamanya.

Ya Allah Yang Maha Pengasih,
Dengarkanlah doaku ini,
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.

Ya Allah Yang Maha Kekal,
Aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Kesakitan ini mengajar aku untuk hidup dekat pada-Mu,
Untuk lebih peka terhadap suara-Mu.

Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendak aku yang jadi dalam setiap bahagian hidupku.

Amin ...

Nak copy paste ? Amek je laa.. : )
Saya pun amek dari orang lain nie..
Tapi bukan copy paste taw !
Saya taip satu2 ayat kat atas nie.. Sebab blog orang uh memang ditetapkan tak boleh copy paste..
Highlight, Ctrl + C, right klik,, semua xboleh.. =='
Tapi saya tak dapat nak tag blog dia laa untuk bagi taw saya amek nie dari die..
Sebab saya singgah blog die pun da lame.. Da tak tahuu mana satu blog dia..

So, kalau agak2 dia terlalu kat sini,,
Err,, soryy ye, Kak ! Curik curik kejap ! ><
Jangan marah lorh ... ^^v

♥ L I K E tanda korang suka okeyy, babe ! ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 | nurazulkeflee.blogspot | All Righted Reserved