30 December 2011

Hentikan penggunaan perkataan SEMBAHYANG !

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Tahukah anda ?
Istilah 'Sembahyang' mempunyai maksud atau pengertian yang berunsur Syirik.

Professor Hasbi As Siddiqi :-
"Sembahyang di ambil daripada perkataan 'Sembah' dan 'Hyang' yang merujuk kepada nama Dewa2 yang di sembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. 'Sembahyang' juga diertikan sebagai 'menyembah berhala bernama Hyang."

Pakar Bahasa Indonesia, iaitu Dr. Daniel yang mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengesahkan bahwa istilah 'Sembahyang' merujuk kepada 'menyembah Dewa yang bernama Hyang'.

Orang Buddha ke Tokong, Orang Hindu ke Kuil dan Orang Kristian ke Gereja dengan menggunakan istilah 'Sembahyang' kerana terdapat unsur Syirik dalam ibadah mereka. Tetapi sebagai umat Islam tak sesuai rasanya jika 'Solat' juga diistilahkan sebagai 'Sembahyang' kerana asalnya 'Sembahyang' itu merujuk kepada 'menyembah Dewa bernama Hyang'.

Mungkin sebahagian akan anggap hal ni hanyalah remeh dan tak penting.
Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati2 dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN ! Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin. . . : )


//credit to Ben Ashaari

♥ L I K E tanda korang suka okeyy, babe ! ♥

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 | nurazulkeflee.blogspot | All Righted Reserved